KAMIL Peringkat Negeri 2013
Perincian
- Perincian
- Dicipta pada Jumaat, 26 April 2013 15:57
- Telah Dikemaskini pada Jumaat, 26 April 2013 23:12
- Hit: 113

KAMIL Peringkat Negeri telah berlangsung pada 19-20/4/2013 bersamaan hari Jumaat dan Sabtu bertempat di SAM Batu 38. Pasukan Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Musammarah, Syarahan Bahasa Arab Menengah Rendah Lelaki, Syarahan Bahasa Melayu Menengah Atas Lelaki dan Menengah Rendah Perempuan dan Khutbah Menengah Rendah telah berjaya menempatkan diri dalam KAMIL Peringkat Negeri pada tahun 2013. Guru yang mengiringi para peserta terdiri daripada Cikgu Najwa, Cikgu Hirina dan Cikgu Masitah. Para peserta bertolak dari SAM Hulu Langat ke SAM Batu 38 kira-kira jam 8 pagi dan sampai kira-kira jam 1 tengah hari. Pada jam 3 petang, para peserta SAM Hulu Langat bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik.
Acara pada sebelah petang jumaat dimulakan dengan acara debat dan khutbah. Pada sebelah malam, acara Musammarah pula dijalankan dan pada 20-4-2013 bersamaan hari Sabtu, acara debat diteruskan sehingga ke pusingan akhir. Alhamdulillah,semua peserta SAM Hulu Langat berjaya mendapat nombor. Pada jam 3.15 petang, peserta-peserta serta guru pengiring bertolak pulang ke sekolah.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:
|
ACARA |
KEDUDUKAN |
NAMA PESERTA |
|
Debat Bahasa Melayu |
Johan |
Ainin Sofiya bt. Abdul Karim |
|
Debat Bahasa Inggeris |
Naib Johan |
Muhd Aiman B. Ghazali |
|
Syarahan Bahasa Melayu Menengah Rendah (P) |
Naib Johan |
Samihah Bt. Mohd Ibrahim |
|
Syarahan Bahasa Arab Menengah Rendah (L) |
Naib Johan |
Mohd Syukri B. Sarif |
|
Syarahan Bahasa Melayu Menengah Atas (L) |
Ketiga |
Mohd Luqman Al-Hakim B. Ishak |
|
Khutbah Menengah Rendah |
Ketiga |
Muhammad Khadzim B. Ahmad Sharibi |
|
Musammarah |
Ketiga |
Diketuai oleh : Mohd Zainuddin Ahli terdiri daripada 20 orang pelajar |
Majlis Anugerah Tokoh SUMUR 2012
Perincian
- Perincian
- Dicipta pada Sabtu, 20 April 2013 10:29
- Telah Dikemaskini pada Ahad, 21 April 2013 21:44
- Hit: 143

Pada tarikh 15 April 2013, SAM Hulu Langat telah menganjurkan satu majlis khas yang diberi nama sebagai Majlis Anugerah TOKOH SUMUR bagi tahun 2012. Majlis Anugerah SUMUR ini adalah majlis bagi memberikan anugerah kepada pelajar yang terpilih sebagai tokoh SUMUR dari beberapa segi, iaitu Budi Bahasa, Jati Diri, Penampilan Diri, Mutadayyin dan sebagainya. Pemilihan tokoh-tokoh ini merupakan hasil undian dan pilihan yang dibuat oleh guru-guru melihatkan kepada pemerhatian terhadap pelajar-pelajar tersebut. Diharapkan kejayaan para pelajar ini boleh menjadi contoh dan pemotivasi bagi pelajar lain untuk sama-sama meningkatkan taraf diri mereka dan berusaha untuk turut sama menggapai kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat. Ingatlah pembentukan syakhsiah diri yang sempurna menjadi pencetus kepada kejayaan duniawi dan ukhrawi yang kekal selamanya InsyaAllah. Berikut adalah senarai nama penerima anugerah tersebut :
| TOKOH ANUGERAH SUMUR 2012 | LELAKI | Mohd Aqlan bin Mohd Zaki |
| PEREMPUAN | Nur Fatihah bt Bardan | |
| Modul Berbudi Bahasa | MEN ATAS | Muhammad Haris bin Hasmi |
| Nurul Ayuni bt Khalib | ||
| MEN RENDAH | Ahmad Badri bin Ahmad Borhan | |
| Bibi Farisa bt Aziz Khan | ||
| Modul Mutadayyin | MEN ATAS | Ahmad Fuad bin Mohd Mokhtar |
| Siti Nur Rahmah bt Zulkifli | ||
| MEN RENDAH | Muhd Khairunnas bin Naseri | |
| Nurin Arifah bt Mohd Yusof | ||
| Modul Penampilan Diri | MEN ATAS | Mohd Fakhrul Islam bin Asana |
| Shahirah bt Tahir Naem | ||
| MEN RENDAH | Mohd Syukri bin Sharif | |
| Nur Falihah bt Mohd Sahaid | ||
| Modul Jati Diri | MEN ATAS | Amar Akmal Aiman bin Radzi |
| Nur Anis Amira Che Noordin | ||
| MEN RENDAH | Bilal bin Kamaruddin | |
| Halimatul Basyirah bt Saripudin |
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012
Perincian
- Perincian
- Dicipta pada Sabtu, 20 April 2013 10:24
- Telah Dikemaskini pada Jumaat, 26 April 2013 23:24
- Hit: 161

Pada tarikh 13 April 2013, SAM Hulu Langat dengan kerjasama PIBG SAM Hulu Langat telah menganjurkan satu program perdana yang sangat bermakna iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di mana ia merupakan hari bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pencapaian akademik. Seperti kebiasaan anugerah-anugerah tertentu telah disenaraikan dan pada tahun ini turut diadakan satu anugerah baru iaitu anugerah kepimpinan khas. Anugerah-anugerah lain seperti anugera cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan juga peperiksaan awam, seperti PMR, SMA dan SPM. Anugerah yang telah diberikan adalah Anugerah Pelajar Terbaik Mengikut Kelas dan Anugerah Pelajar Terbaik Matapelajaran. Anugerah Pelajar Terbaik Peperiksaan Awam PMR disandang oleh Muhammad Aiman bin Ghazali, SMA disandang oleh Muhammad Zainuddin bin Arriafdi dan SPM disandang oleh Muhammad Aqlan bin Mohd Zaki. Anugerah Kepimpinan Khas pula disandang oleh Muhd Hafiz Hadi bin Sumardi dan anugerah terulung iaitu Anugerah Tokoh Pelajar disandang oleh Muhammad Jazlan bin Md Jalani. Alfu Mabruk kepada yang telah berjaya dan ketahuilah tiada perkara yang mustahil untuk digapai jika anda meyakini anda BOLEH melakukannya InsyaAllah.klik ke galeri foto
Kem Kadet Remaja Sekolah 2013
Perincian
- Perincian
- Dicipta pada Selasa, 16 April 2013 14:55
- Telah Dikemaskini pada Selasa, 16 April 2013 22:51
- Hit: 131
Pada 16 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu, Kadet Remaja Sekolah telah mengadakan perkhemahan buat kali pertama bagi tahun 2013 selama 2 hari 1 malam. Perkhemahan ini dijalankan di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Ulu Yam. Peserta yang terlibat seramai 43 orang pelajar bersama 2 orang guru pengiring iaitu Encik Rafaa'i dan Cik Aisya. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk melatih kekuatan fizikal dan mental pelajar dalam menangani pelbagai rintangan dan cabaran. Antara aktivitinya ialah merentasi hutan belantara, melalui lumpur, melintasi sungai dengan bergayut seperti monyet, masuk ke dalam lubang kecil yang berbau busuk dan aktiviti 'night walk'. Perkhemahan ini mengajar para pelajar cara untuk berdikari dan berdisiplin dengan lebih baik. Walau kepenatan membendung para pelajar namun itu tidak menghalang mereka untuk menempuh pelbagai rintangan yang ada di sana.
Pesta Pantun Peringkat Daerah
Perincian
- Perincian
- Dicipta pada Rabu, 10 April 2013 14:13
- Telah Dikemaskini pada Selasa, 16 April 2013 14:50
- Hit: 145

Pada tarikh 13/3/2013, Pertandingan Pesta Pantun Daerah telah diadakan di SMK Taman Kosas. Sekolah Agama Menengah Hulu Langat telah menghantar satu pasukan seramai lima orang yang terdiri daripada Nur Syahidah bt Badrul Hisham, Muhammad Zainuddin bin Arriafdi, Muhammad Luqman Al-Hakim bin Ishak, Muhammad Zulfitri bin Rustam Affandi dan Muhammad Faizul Azraai bin Zulkifli. Acara bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.









